Melihat bot-bot express yang berlabuh diwaktu senja mengingatkan aku tentang sesuatu.Suasana begini sudah biasaku lihat pada zaman kanak-kanakku iaitu diawal zaman 80an cuma tempatnya berbeza dan keadaannya lebih tenang jika berbanding dulu.Jika dulu inilah pengangkutan utama sesetengah penduduk tetapi dizaman yang penuh moden ini, dimana dilengkapi dengan segala pengangkutan dan kemudahan jalan raya yang ada...bot express cumalah sebagai pilihan. Mungkinkah bot express ini akan terus dapat dilihat bagi generasi baru atau akan cuma tinggal sebagai kenangan bagi pengguna yang pernah menjejakkan kaki kedalam bot express seperti aku?.Hmm.. Melihat sahaja jumlah bot express yang semakin berkurangan berlegar di Sungai-sungai Sarawak menambahkan keyakinan untuk kita terus meneka apa yang akan berlaku dimasa hadapan.
Total Pageviews
Tuesday, November 13, 2012
Sunday, November 4, 2012
Cermin Sisi
Apabila bergerak kehadapan, tak bermakna kita meninggalkan semuanya dibelakang. Mungkin saja hidup mengajar kita untuk terus bergerak ke depan tetapi sekali sekala luangkanlah sedikit waktu untuk mengingati semula masa silam yang telah mengajar kita untuk terus bangkit sebegini. Hidup ini sepertimana anda duduk bersebelahan dengan cermin sisi kereta, jika kita tidak punya waktu untuk menoleh walau sesaat pada cermin sisinya..siapa tahu mungkin juga kita boleh terlepas pandang dengan keindahan yang masih berada dibelakang.
Thursday, November 1, 2012
Jambatan Lama
Memandang dari jauh dua motosikal yang melintas diatas jambatan lama ditengah sungai kecil itu sungguh menggamit rasa. Sepertinya,itulah satu-satunya jambatan yang menjadi nadi di kawasan tersebut.Tanpa ia,mungkin kenderaan kecil seperti motosikal, basikal ataupun pejalan kaki sukar untuk berhubung. Walaupun ia nampak lama dan kecil tetapi alhamdulillah ia masih utuh dan terus berdiri untuk kegunaan penduduk setempat.
Subscribe to:
Posts (Atom)