Total Pageviews

Friday, November 8, 2013

Belalang Hijau


Terpandang seekor belalang yang hinggap di depan pintu, mata terpaku hati turut tertarik. Agak besar tubuhnya daripada belalang yang biasa. Berwarna hijau bertompok hitam tampak cantik lagi bercahaya.  Andai saja belalang ini berada di padang yang dipenuhi rumput hijau, pasti penyamarannya akan berjaya.

Wednesday, October 16, 2013

Pasangan Dan Sungai


Tersenyum sendiri memandang gelagat pasangan muda yang cuba berdiri dan duduk diatas batu besar di tepian sungai. Berusaha mendekati deras anak sungai demi untuk melihat lebih dekat pemandangan indah dasar sungai yang berbatu batan. Keasyikkan alunan irama anak sungai yang menghempas batu-batu sungguh mempersonakan. Mungkin benar, terkadang kita perlu menyentuh untuk merasanya dan bukan hanya cukup melihat dari jauh.

Wednesday, October 9, 2013

Doa


Berdoalah wahai anak kecil, hatimu begitu bersih dan lebih suci daripada kami. Sujud dan tadahkanlah tanganmu, pintalah apa jua yang terbuku dihatimu kerna hal-hal yang kecil bagimu menjadi hal-hal terbesar dan bermakna dalam hidup kami sebagai orang tuamu. Yakinlah setiap doamu akan didengari dan pastinya Allah akan selalu melindungi dan menjagamu daripada segala pancaroba. Taatlah kepada perintah-Nya kerna hidup akan hilang arah andai kamu belajar melupai DIA.

Tuesday, October 1, 2013

Sarang Burung


Seekor burung walet terbang tinggi lalu hinggap di satu sudut dan merembeskan air liur sedikit demi sedikit. Dari setompok cecair kecil menjadi sebuah sarang yang besar, kukuh dan unik. Terfikir seketika bagaimana ia berlaku namun kuakui itulah antara kehebatan mahluk ciptaan Allah. Nilainya terkadang tak menentu namun khasiatnya sentiasa diakui diserata dunia. Banyak pandangan dari yang pakar namun akal dan mataku tetap melihat ia sama seperti sarang burung biasa.

Monday, August 5, 2013

Menunggu


 Awan mendung menerpa laju hingga melindungi cahaya terang dilangit biru. Bayumu menampar perlahan di setiap pipi yang menunggu malam tiba. Sinar hari esok mungkin tak seperti hari ini namun yang setia sudah pasti menunggu walau jawapannya masih jua tak pasti.

Thursday, April 25, 2013

Jari dan Kepompong Ulat Mulong


Seorang pemuda membuka dan mengeluarkan satu persatu ulat mulong matang yang berada didalam kepompong. Tidak lama kemudian dia menyarungkan bekas kepompong kosong tersebut di setiap jari jemarinya dengan senyuman lalu menghalakan tangannya ke lensa cameraku. Ya memang benar, ini bukan sesuatu yang harus diikut tetapi bila dilihat begini, keunikan terserlah bilamana ia diabadikan didalam gambar.

Tuesday, April 16, 2013

Penyu



Penyu merupakan haiwan reptilia yang wujud sejak berjuta-juta tahun dahulu dan kini dipercayai hampir-hampir pupus dan terancam. Meskipun hidupnya didalam air, haiwan ini tetap harus sesekali naik ke permukaan air untuk mengambil nafas.Sesekali melihat haiwan laut dan darat ini berenang didalam aquarium besar membuatkan mata yang memandang merasa teruja apatah lagi apabila melihat corak badan serta cengkerang dan saiz penyu itu sendiri.

Thursday, April 4, 2013

Labah-labah Hitam


Labah-labah hitam tekun membuat sarang walau diwaktu malam. Cantik bila diperhati namun mungkin bahaya jika disentuh dengan hujung jari. Warna kekuning dibelakang badannya menyerlahkan keindahan serangga ciptaan Tuhan ini.

Wednesday, March 27, 2013

Berlabuh


Setelah semalaman berlayar mencari rezeki di perairan Sabah, kini tiba masanya bot-bot nelayan ini menurunkan sauh dan berlabuh disatu sudut khas untuk kapal-kapal nelayan. Walaupun cuaca sangat baik dan airnya tenang untuk memukat lagi namun para nelayan ini tetap menggambil keputusan untuk berhenti berehat dahulu sebelum berlayar lagi dihari seterusnya.

Sunday, March 17, 2013

Padi


Melihat bendang yang sudah mula kekuningan dengan hasil padinya membuatkan hati terasa teruja sendiri. Setelah beberapa bulan menunggu, sudah tiba masanya untuk menuai. Saat yang ditunggu-tunggu oleh para petani dan mengharapkan hasil akan lebih baik daripada tahun sebelumnya. Dan sejak dibangku sekolah kita pernah diajar untuk mengikut resmi padi dimana."Semakin berisi semakin menunduk"

Wednesday, March 13, 2013

Lampu Gas Lama



Melihat Lampu gas lama tergantung disatu sudut membuatkan hati sering rasa terpegun. Dikendalikan dengan cara manual dengan megepam dari semasa ke semasa. Generasi ke generasi telah berpindah milik sehingga ada antara kita percaya lalu meletakkan ia dalam kelompok barangan antik.Usianya yang menjangkau puluhan tahun telah menambahkan lagi rasa kagum kerna untuk bertahan didalam zaman yang serba moden ini mungkin agak sukar andai tidak dijaga dengan elok apatah lagi untuk kelihatan tetap berkilau begitu. Terlintas di benak minda, masih mampukan ia menerangi kegelapan atau sekadar untuk hiasan cuma. 

Saturday, March 9, 2013

Bowling dan Kamera


Memilih satu tempat beriadah yang sama namun mempunyai hobi yang berbeza. Yang jelas, gadis itu gemarkan sukan dan pemuda itu pula sukakan seni. Kita hanya mampu meneka namun keserasian dalam cara mereka memegang sesuatu ditangan secara tak langsung telah menceritakan sebahagian dari dalam diri mereka. 

Wednesday, February 27, 2013

Ulat Mulong (Si-et)


Ulat Mulong atau ulat sagu ini lebih dikenali dengan nama "Si-et" bagi penduduk Sarawak. Ulat ini hidupnya dan membesar didalam batang pokok sagu yang terkadang sengaja ditebang dan dibiarkan mereput jika batangnya tidak dijual.  Sangat popular dikalangan kaum Melanau yang mana merupakan salah satu makanan tradisi yang mendapat perhatian dan permintaan yang tinggi di kawasan tertentu. Walaubagaimana pun, ulat mulong ini juga turut digemari oleh pelbagai lapisan kaum di Sarawak. 


Sunday, February 24, 2013

Gaya Street Sabah


Seawal 7am lorong-lorong di Pasar Tamu (Sunday Market) atau lebih dikenali  dengan Gaya Street Sabah telah menjadi sesak. Salah satu kawasan yang menjadi tumpuan penduduk tempatan dan juga pelancong dari luar kawasan Sabah. Suasana begini mungkin pernah kita lihat ditempat kita tetapi sudah menjadi lumrah berjalan ditempat orang membuatkan perasaan itu sedikit berbeza. 

Sunday, February 17, 2013

Kapal Terbang


Jauh perjalanan, luas pengalaman..begitulah kata-kata yang sering kita dengar. Melihat ke langit biru, terpandang kapal terbang melintasi benua. Lagaknya seperti burung gergasi yang bebas berterbangan di angkasa namun usahanya untuk terus menyambung hubungan silaturrahim diantara manusia harus selalu dikagumi. Hadirnya kapal terbang itu maka yang jauh kini mampu didekatkan.

Wednesday, February 13, 2013

Pasar Basah Sabah


Memerhati dari jauh kesesakan pasar basah yang dikenali sebagai Pasar Basah Filipina Sabah sungguh menarik hati. Walau keadaan cuaca mendung masih jua peniaga-peniaga bersungguh mendirikan khemah masing-masing. Suasana begini sudah cukup memberi gambaran kepada kita bahawa itu semua bukan halangan kepada peniaga-peniaga yang datangnya dari arah pulau untuk terus mencari rezeki dikota besar begitu. 

Friday, February 1, 2013

Tiang Elektrik

 

Melihat tiang elektrik berdiri megah di tepi jalan sambil memerhati awan putih bergerak perlahan, membuatkan hati terasa sejuk memandang. Adakalanya kita terlupa bahawa, terkadang dalam kekurangan terserlah kecantikkannya.

Saturday, January 26, 2013

Langit Subuh


Subuh berlalu dengan tenang dan menghampiri detik siang. Terpesona dengan langit yang bercahaya dikala alam masih sunyi. Saat untuk memerhati matahari menjelma dan menyaksikan awan mula berubah warna sekali lagi. Mungkinkah ini petanda bahawa hari akan panas hingga ke petang atau ianya hanya hadir untuk seketika.

Monday, January 21, 2013

Gadis Korea Dan Topi Kuning


Diantara penduduk tempatan yang berhenti berehat, kelihatan kelibat seorang gadis korea turut berdiri disatu sudut dan menikmati suasana petang di hadapan Waterfront Kota Kinabalu sambil menunggu temannya.  Kehadirannya dengan menggunakan topi kuning yang sizenya agak besar dan gaya yang agak santai, cukup untuk menjadi sebab kenapa gadis tersebut sering menjadi tumpuan penggunjung disitu. Setiap yang melihat pasti akan dibalas dengan senyuman.



Sunday, January 13, 2013

Bot Terapung


Mulanya bergerak laju membelah badai, seketika kemudian enjin terhenti tiba-tiba. Terapung dilaut bukan sesuatu yang digemari tetapi sebagai seseorang yang biasa dengan keadaan enjin bot dan laut, itu sudah menjadi kebiasaan.Persediaan dan kemahiran adalah sesuatu yang harus ada jika mengemudi sebuat bot ditambah dengan meredah lautan luas.

Saturday, January 12, 2013

Gerai Makanan Segar

Tempat: Kundasang Sabah

Berhenti singgah di Gerai sayur dan buah-buahan segar ditepi jalan yang terletak di Kundasang,Sabah sudah cukup membuat hati teruja. Melihat sahaja senyuman yang terukir serta keramahan setiap peniaga disitu menambahkan lagi rasa selesa apabila menghampiri mereka.Terpegun dengan hasil sayur-sayuran, buah-buahan bahkan makanan ringan yang berwarna-warni dijual disepanjang gerai turut menjadi daya penarik yang hebat.

Thursday, January 10, 2013

Kehidupan Bandar

Tempat : Waterfront Kuching

Kehidupan penduduk di bandar sememangnya jauh berbeza. Siangnya sibuk bekerja manakala malamnya pula tidak pernah tidur. Cahaya dari kereta ditengah-tengah bandar telah menenggelamkan sinar lampu di tepi-tepi jalan sehingga keindahaannya tak terlihat . Namun apabila mata memandang ke seberang sana, timbul rasa teruja melihat lampunya disusun indah sehingga cahayanya terpantul di permukaan air yang tenang..

Monday, January 7, 2013

Senja Keungguan

Tempat: Kota-Kinabalu Sabah 

Perlahan mentari terbenam sehingga hilang diantara awan. Kelihatan kapal-kapal kecil mula pulang dan berlabuh dihujung sana. Sinar dari langit sengaja memantulkan cahaya dipermukaan air yang tenang sehingga menjadikan petang itu senja ditemani keungguan. 

Tuesday, January 1, 2013

Dewan Undangan Negeri Sarawak


Tempat: Dewan Undangan Negeri Sarawak

Bangunan yang manjadi salah satu icon dan kebanggaan penduduk Sarawak dimana terletak berhampiran dengan tebingan sungai. Setiap yang melihat pasti terpesona dengan ketelitian reka binanya. Lampu-lampu yang menerangi seluruh bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak itu, begitu indah bercahaya sehingga memukau mata sesiapa saja yang memandang.

Followers