Ulat Mulong atau ulat sagu ini lebih dikenali dengan nama "Si-et" bagi penduduk Sarawak. Ulat ini hidupnya dan membesar didalam batang pokok sagu yang terkadang sengaja ditebang dan dibiarkan mereput jika batangnya tidak dijual. Sangat popular dikalangan kaum Melanau yang mana merupakan salah satu makanan tradisi yang mendapat perhatian dan permintaan yang tinggi di kawasan tertentu. Walaubagaimana pun, ulat mulong ini juga turut digemari oleh pelbagai lapisan kaum di Sarawak.
Total Pageviews
Wednesday, February 27, 2013
Sunday, February 24, 2013
Gaya Street Sabah
Seawal 7am lorong-lorong di Pasar Tamu (Sunday Market) atau lebih dikenali dengan Gaya Street Sabah telah menjadi sesak. Salah satu kawasan yang menjadi tumpuan penduduk tempatan dan juga pelancong dari luar kawasan Sabah. Suasana begini mungkin pernah kita lihat ditempat kita tetapi sudah menjadi lumrah berjalan ditempat orang membuatkan perasaan itu sedikit berbeza.
Sunday, February 17, 2013
Kapal Terbang
Jauh perjalanan, luas pengalaman..begitulah kata-kata yang sering kita dengar. Melihat ke langit biru, terpandang kapal terbang melintasi benua. Lagaknya seperti burung gergasi yang bebas berterbangan di angkasa namun usahanya untuk terus menyambung hubungan silaturrahim diantara manusia harus selalu dikagumi. Hadirnya kapal terbang itu maka yang jauh kini mampu didekatkan.
Wednesday, February 13, 2013
Pasar Basah Sabah
Memerhati dari jauh kesesakan pasar basah yang dikenali sebagai Pasar Basah Filipina Sabah sungguh menarik hati. Walau keadaan cuaca mendung masih jua peniaga-peniaga bersungguh mendirikan khemah masing-masing. Suasana begini sudah cukup memberi gambaran kepada kita bahawa itu semua bukan halangan kepada peniaga-peniaga yang datangnya dari arah pulau untuk terus mencari rezeki dikota besar begitu.
Friday, February 1, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)