Tangan yang mahir takkan pernah menipu,betapa halusnya cara dan hasilnya nanti. Melihat saja permukaan kuku yang berlekuk dan jari jemari yang memegang pahat dan tukul sudah cukup menceritakan betapa sebatinya peralatan itu dengan jiwanya. Dengan melihat sahaja kemahiran yang ada padanya telah membuktikan bahawa apa yang dilakukannya bukan bermula semalam tetapi sebenarnya sudah bertahun-tahun lamanya.
Total Pageviews
Tuesday, October 30, 2012
Sunday, October 28, 2012
Kapal Lama
Melihat kapal lama yang seharian berlabuh dijeti sambil ditemani bot-bot kecil yang ada antaranya berpaut di kiri dan kanan, seolah-olah memberitahu bahawa kau masih lagi gagah sepertimana diawal kemunculanmu dulu. Tidak sedikit pun gentar sekalipun dengan kehadiran wajah-wajah baru disekelilingmu. Ahh..terfikir sejenak, mungkin rupa dan pergerakkanmu tidak sehebat bot-bot kecil itu tetapi siapa tahu,jasamu lebih banyak sehingga memungkinkan senyuman terukir dibibir tuanmu.
Saturday, October 27, 2012
Senja Kemerahan
Awan berubah sekelip mata di angkasa dengan serangkaian warna jingga kemerahan..biru keputihan dan lintasan awan mendung yang hadir dibawa angin dari arah sana. Melihat ke langit tinggi, terasa berada didua dunia yang berbeza. Senja kemerahan seperti ini pasti kan berulang cuma lukisan wajahnya takkan sama seperti yang kulihat dipetang ini.
Thursday, October 25, 2012
Melukis Cahaya (Light Painting)
Sekali-sekala aku menukar selera dalam penggambilan gambar. Malam ini terdetik untuk mencuba "Light Painting Photography". Memang benar...lukisan dari cahaya LED sungguh mempersonakan. Tidak kelihatan di alam realiti tetapi yang pasti lakarannya terbentuk didalam sebuah gambar. Dan ini adalah hasil dari bantuan anak tersayang mengikut kreativiti dan imaginasi bebas yang diserahkan sepenuhnya kepada dia tetapi nampaknya untuk gambar ini dia masih memilih bentuk hati sebagai percubaan. Perlu diingat, nampak simple tetapi untuk mencipta satu gambar yang sempurna memerlukan hampir mencecah seratus shot.
Sila lihat lebih lanjut experiment seterusnya..moga ada yang mahu mencuba dengan corak dan cara tersendiri. Ini hanyalah hasil anak kecil,tetapi sebagai permulaan..aku berpuas hati. Where is she? Ahaa..guess what...actually she is standing behind that light..hehehe.Untuk gambar yang perfect, aku memerlukan 100% ruang gelap hehehe..
Sila lihat lebih lanjut experiment seterusnya..moga ada yang mahu mencuba dengan corak dan cara tersendiri. Ini hanyalah hasil anak kecil,tetapi sebagai permulaan..aku berpuas hati. Where is she? Ahaa..guess what...actually she is standing behind that light..hehehe.Untuk gambar yang perfect, aku memerlukan 100% ruang gelap hehehe..
Gambar ini hanya menggunakan dua lampu sahaja...mungkin lebih sesuai dilihat seperti anak panah..
Penggunaan 3 lampu diperlukan dalam gambar ini...biru,merah dan putih..contengan yang agak dramatik dan abstract
Pemetik Api
Berada ditempat gelap bukanlah pilihan kita, bahkan kita sering berusaha mencari cahaya untuk menerangi kegelapan walaupun cahaya itu cuma datangnya dari pemetik api yang murah. Pun begitu, kita juga tidak harus lupa pada pepatah melayu yang mengatakan bahawa "Api kecil menjadi kawan dan api besar pula menjadi lawan." Bukan melarang tetapi sebaiknya berhati-hatilah selalu kerna dengan pemetik api itu, ia boleh bertukar menjadi saat suka dan duka kita.
Tuesday, October 23, 2012
Kulat Kuning
Kecil..halus...dan kekuningan..Itulah Kulat Kuning yang sering kita lihat menumpang hidup diatas papan lama yang hampir mereput. Hadirmu kurang digemari kerna sifatmu yang sering merosakkan pandangan mata sang pemerhati. Maaf, tiada apa yang harus dibanggakan tentangmu selain warnamu tampak bercahaya ketika dibasahi titisan air hujan. Namun berbeza pandangan bagi mereka yang bergelar pencinta alam, tetap percaya bahawa kau juga punya keunikkan tersendiri.
Monday, October 22, 2012
Mendongak Ke Langit
Sesekali aku mengajar dia untuk mendongak ke langit..Melihat ke angkasa betapa indahnya jika berada diatas sana berbanding didunia nyata yang terpaksa meredahi segala kesukaran yang menghalang setiap perjalanan. Payah atau mudah ia tetap harus ditempuhi biarpun sering tersekat-sekat dipertengahan. Mudah-mudahan secebit pengalaman akan mengajar sesuatu bila tiba saatnya nanti.
Sunday, October 21, 2012
Cendawan Liar 2
Putih mengerutu kulitnya..tumbuh segar disebalik lalang-lalang hijau, umpama dialah raja dimusim hujan. Memilih untuk hidup berkumpulan namun tak semua tempat ditakluki.Masih cuba berlindung disebalik daun demi untuk bertahan lebih lama. Mungkinkah hayatmu lebih lama atau cuma mampu berdiri untuk hari ini sahaja?
Saturday, October 20, 2012
Si Kumbang Merah
Berusaha untuk bersembunyi dan menyamar disebalik daun hijau tetapi jejakmu tetap dapat dikesan . Dari jauh kau kelihatan begitu kerdil, terbang sendiri tanpa hala tuju dan cuba hinggap di setiap helaian daun yang ada dihadapanmu. Ahhh...Unik dalam caramu sendiri, aku terpesona. Tetapi maaf, takku kenal namamu namun kerna kilauan warna yang menutupi seluruh tubuhmu begitu menyerlah maka kau ku gelar
"Si Kumbang Merah" :-)
Friday, October 19, 2012
Hati
Cinta itu hadir kepada sesiapa sahaja bahkan kepada diri seorang budak yang belum memahami maksudnya. Terleka bermain bayang-bayang lalu menyatukan kedua tangannya diangkasa dan cuba memantulkan bentuk hati di permukaan pasir. Begitulah bentuk hati dari kaca mata seorang kanak-kanak.Mungkin hasilnya tidak sempurna tetapi sudah cukup untuk kita meneka dan memahaminya.
Thursday, October 18, 2012
Tuesday, October 16, 2012
Monday, October 15, 2012
Sunday, October 14, 2012
Cendawan 2
Seperti cantiknya didalam sebuah gambar...ia lebih indah dilihat dalam kehidupan sebenar. Besar...putih..bersih..megah dan bersahaja tumbuh diantara daun-daun hijau. Walaupun hidupnya hanya bertahan sehari dua tetapi mengaplikasikan ia didalam sebuah gambar sudah cukup untuk menjadikannya ia hidup dan bertahan lebih lama.
Cendawan
Limpahan air hujan membasahi bumi, membuatkan cendawan ini megah berdiri dikala semua tumbuhan lain hanya mampu tunduk dan rebah menanti cahaya kembali. Sebesar tapak tangan lebar permukaannya sedikit membuat aku teruja untuk berkongsi disini. Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, begitulah kata-kata yang sering kita dengar.
Saturday, October 13, 2012
Mee Kari
Jika kebiasaannya kita sering mahu melihat makanan penuh dimeja diwaktu makan tengahari atau malam, tetapi ada juga saatnya kita merasa cukuplah hanya dengan menikmati sebungkus mee kari buat alas perut diwaktu lapar. Harusnya kita mensyukuri sesuatu itu dalam pelbagai cara walaupun hanya dengan sebungkus mee kari.
Friday, October 12, 2012
Thursday, October 11, 2012
Dua Sahabat
Model : My daughter and anak jiran
Dua sahabat yang berbeza bahasa, umur, pendirian dan latar belakang sering bersama dikala waktu bermain. Melemparkan senyuman dengan cara sendiri namun keikhlasan tetap terlihat dari pandangan dan gerak bibir biarpun cuba untuk menyembunyikan rasa malu. Indahnya dunia kanak-kanak.
Wednesday, October 10, 2012
Jala Kosong
Memerhati disetiap penjuru jala dengan harapan akan ada habuan setiap kali menarik jalanya ke darat. Riak wajah tetap bersahaja namun hati yang hampa selepas melihat hasil tebaran jala yang hampir tiada itu tidak siapa yang tahu. Apakah jika diulang berkali-kali, hasilnya tetap begitu?.Mungkin hari ini jalamu kosong, tetapi insyaallah dilain hari pasti rezekimu ada...
Nelayan dan Sampan
Tenang air laut membawa berita gembira buat sang nelayan . Dalam terik panas tanpa rasa sedikit pun kepenatan dan gentar, tetap terus mendayung perlahan dengan sampan kecil hingga sampai ke destinasi yang dituju. Cuma berbekalkan doa, semangat, kesabaran dan kesungguhan..pasti laut yang luas itu mampu memberi sekali lagi peluang dan menjanjikan sesuatu yang lumayan buat keluarga dan penduduk kampung bila pulang dari laut nanti. Insyaallah dengan izin dariNya.
Tuesday, October 9, 2012
Monday, October 8, 2012
Kasih Ayah
Seorang lelaki lewat usia berdiri keseorangan sambil melihat keadaan laut, cuma menunggu masa yang sesuai untuk melabuhkan perahu seperti temannya itu. Biarpun peluh membasahi dahi...rambut kian memutih...namun demi keluarga tercinta, sanggup jua meredah lautan luas untuk mencari rezeki hari ini.Begitu besarnya pengorbanan dan tingginya kasih seorang suami dan ayah, hingga tiada siapa mampu menandinginya.
Sunday, October 7, 2012
Saturday, October 6, 2012
Friday, October 5, 2012
Thursday, October 4, 2012
Wednesday, October 3, 2012
Tuesday, October 2, 2012
Bekas Kosong
Botol air yang dipotong dua dan disangkut pada sebatang dahan rumbia ,seringkali terlihat bila tiba musim buah..Ini merupakan salah satu alternatif penduduk tempatan untuk menghalang kehadiran monyet-monyet liar yang cuba mengganggu hasil-hasil dusun.Berjaya atau tidak cara itu, tiada siapa yang pasti..tetapi yang jelasnya...botol itu sudah kering :-D
Monday, October 1, 2012
Kumbang Kerdil Pada Bunga Jingga
Ketika pertama kali menggambil gambar bunga ini,aku sendiri tak menyedari adanya serangga halus berdiri dikelopak bunga jingga itu. Pemilihan tempat yang strategik dan diikuti dengan size serta warna serangga yang agak kurang jelas membuatkan usulku logik untuk aku mengatakan bahawa aku tidak menyedari kehadiran serangga ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)