Tempat: Pekan Sepitang Sabah.
Berkat kesabaran menunggu pembeli yang singgah di gerai kecil depan rumahnya, tak mustahil pendapatan daripada hasil jualan ikan bilis ini akan menjadi lumayan. Tanpa menghiraukan sesiapa, peniaga wanita ini tetap terus memasukkan ikan bilis kering yang diminta oleh pelanggannya ke dalam bungkusan plastik. Dengan hanya menjual pada kadar harga RM20 sekilogram, sudah cukup untuk menarik minat para pengunjung dari luar kawasan Sabah untuk memborongnya. Melihat dari cara dan riak wajah wanita tersebut, kita sudah dapat meneka bahawa menjual ikan bilis kering ini merupakan punca pendapatan utama bagi keluarganya. Dan longgokan ikan bilis seperti ini boleh dilihat digerai tepi-tepi jalan sepanjang menuju ke Kota Kinabalu.
No comments:
Post a Comment